Khasiat yang kita tak pernah tahu....
1. Biji Chia amat popular kerana dikatakan baik untuk membantu mengurangkan berat badan. Mampu mengurangkan rasa ingin makan melalui cara menghalang beberapa jenis makanan yang dimakan menyerap ke dalam sistem tubuh.
2. Memakan biji Chia dikatakan mampu membantu membuatkan anda rasa kenyang. Ini kerana biji Chia mampu menyerap 10 kali ganda berat dalam air sekali gus membentuk banyak jeli.
3. Biji Chia amat berguna bagi penghidap diabetes. Ini kerana biji Chia dikatakan mampu memperlahankan tubuh menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas. Kajian menunjukkan ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini membuatkan saintis mempercayai biji Chia boleh memberi kebaikan kepada pesakit diabetes.
4. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa biji Chia mampu memperbaiki tekanan darah pesakit diabetes. Mampu meningkatkan kolesterol sihat dan merendahkan keseluruhan LDL dan trigliserid kolesterol.
5. Memakan biji Chia dikatakan mampu menambah pengambilan kalsium dalam tubuh anda. Dengan memakan biji Chia anda mampu mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis yang amat ditakuti oleh wanita.
Cara Makan Biji Chia
Biji Chia boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding.
Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut.
Berapa banyak pula biji Chia yang boleh dimakan?
Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali anda makan.
HanimDaim
PM/WASAP/TELEGRAM
0175137608
No comments:
Post a Comment